Monday, 2 July 2012

renungan

assalamualaikum.
korang penah bace blog terfaktab? entry kali ni aku ambil dari terfaktab. rase tersentap tapi kita mungkin ada persepsi tersendiri dalam bab ni.

 * maaf atas bahasa yg mungkin agak kasar

cinta 

Ahhh.. Cinta cinta, kahwin muda,
Kononnya nak elakkan berzina,
Kalau rasa nak cegah dosa,
Dari awal tak payah nak mengada,
Duit takde, nak perjuangkan cinta,
Ya, cinta tu suci dalam agama,
Tapi tak salahkan kalau kau ambil langkah berjaga,
Ni tak, belajar ke mana cinta je ada,
Kau ingat kahwin muda tu setakat sweetnya pergi kelas bersama?
Nak halang nafsu bergelora?
Apa kata kau berpuasa,
Kau ingat masa belajar tu dah masuk syarat wajib bersenggama?
Cuba kau kejar dulu impian masa muda muda,
Dah kerja, bayar balik jasa ibu bapa,
Senangkan mereka, travel satu dunia,
Baru kau berumah tangga,
Ni nak nikah gantung aja,
Lagilah nanti nak support keluarga,
Habis mak bapak lagi macam mana?
Lain lah kau tu jenis kaya gila,
Cuba bukak mentaliti tu kasi luas punya,
Banyak lagi benda patut di dahulukan sebelum cinta,
Ni aku tengok bersepah semua bermesra-mesra,
Duit nak top-up pun bergantung kepada keadaan semasa,
Diri sendiri tak terjaga,
Rasa dah boleh pikul tanggungjawab bawak ke syurga?
Pelan-pelan kayuh dulu saudari serta saudara,
Nilai diri sendiri dah takat mana,
Kahwin tak semestinya sweet sahaja,
Kalau rasa tak boleh, tak payah gatal nak bercinta,
Ni orang bercinta, dia nak juga,
Last-last miangnya je yang ada,
Kalau kau betul nak ikut suruhan agama,
Lepas dah kerja nanti, kau suruh la parent kau pinang sesiapa,
Kau dah ready, pilihan mak pun bahagia,
Ni tak, PTPTN pun tak sambung sebab kantoi satu semester,
Assignment lebih pun kau jadi gila,
Nak makan nasi lemak ayam pun berkira-kira,
Nak cerita pasal nafsu bergelora,
Kau tahu puasa?
Puasa lah puasa.
Biar nafsu kau kurang dan otak kau pun clear.
Moga-moga otak kau lagi cerdik hendaknya.

*senyum sinis*

so bagaimana?
apa korang rase lpas bace quote ni? 





1 comments:

Syuhada Shafee

sambil kembangkn idung lalu bbangga!!
thnkz dear! :) its help a lot !!

Post a Comment