Monday 30 July 2012

munajat



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Kau  ampunilah dosaku
yang 
telah aku lakukan.
Kau limpahkanlah aku
dengan
kesabaran yang tiada terbatas.
Kau berikanlah aku
kekuatan mental dan fizikal.
Kau kurniakanlah aku
dengan
sifat keredhaan.
Kau peliharakanlah
lidahku dari berkata-kata nista.
Kau kuatkanlah
semangatku menempuhi segala cabaranMu.
Kau berikanlah aku
sifat kasih sesama insan.

Ya Allah.
Kau yang Maha mengetahui 
apa yang terbaik untukku.
Kau juga yang Maha mengampuni
segala
kesilapan dan ketelanjuranku.
sekiranya 
aku tersilap membuat keputusan,
bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai.
sekiranya
 aku lalai dalam tanggungjawabku
berikanlah aku keredhaan dan rahmatMu.
sekiranya 
aku ingkar dan derhaka,
berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu.

Ya Allah.
sesungguhnya 
aku lemah tanpa petunjukMu
aku buta tanpa bimbinganMu
aku cacat tanpa hidayahMu
aku hina tanpa rahmatnMu.

Ya Allah.
kuatkan hati dan semangatku.
tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu.
jadikanlah aku muslimah yang disenangi
bukakanlah hatiku unntuk menghayati agamaMu
bimbinglah aku menjadi muslimah solehah.

hanya padaMu Ya Allah
ku pohon segala harapan.
kerana
aku pasrah dengan dugaanMu.
kerana
 aku sedar hinanya aku
kerana 
aku insan lemah yang kerap keliru
kerana 
aku leka dengan keindahan duniaMu
kerana 
kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
kerana 
pendek akalku mengharungi ujianMu.

Ya Allah Ya Tuhanku.
aku hanya ingin menjadi 
anak,
isteri 
serta muslimah 
yang dirahmati, yang dikasihi,
Amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin.