Assalamualaikum. :)
sahabat sejati sentiasa dihati. betul! tak susah mencari teman tapi untuk digelar sahabat mungkin fikir 2 3 kali. kan? bagi sesiapa yg dah berjumpa dengan teman yg bernama sahabat harap jagalah hubungan tu, utuhkan ikatanya jgn sampai terputus. bersyukurla bagi yang dah berjumpa. Alhamdulillah.
Wahai Sahabat tetaplah menjadi sahabatku, yang sentiasa menasihatiku, yang sentiasa merelakan waktumu untuk mendengar keluh kesahku, yang sentiasa memberiku semangat, yang sentiasa mensupportku untuk selalu maju menjadi yang terbaik, yang sentiasa mengingatkanku disaat aku lalai.
Wahai Sahabat terima kasih atas segala kebaikan akhlaqmu, terima kasih atas segala nasihat-nasihatmu, terima kasih atas segala semangat dan dorongan yang sentiasa kau berikan kepadaku, terima kasih atas segala peringatanmu, terima kasih atas segala waktumu, terima kasih karena telah mahu menjadikan diri ini sebagai sahabatmu, terima kasih atas segala yang kau berikan untukku, terima kasih untukmu sahabat.
Wahai sahabat kutahu banyak kesalahan yang tanpa kusadari dan tanpa kusengaja telah kulakukan dan kutahu pula banyak kekeliruan yang tanpa sadar telah terlontar dari lisanku yang mungkin tanpa kutahu telah menyinggung dan menyakiti perasaanmu, sahabat kuharap maafmu atas segala kesalahan dan kekeliruan yang telah kuperbuat. Maafkanku Sahabat.........
Wahai Sahabat walau kemana saja kau melangkah kakimu itu, akan kurindu nasihat-nasihatmu, akan kurindu akan peringatanmu, akan kurindu kehadiranmu disisiku. Sahabat walau dimanapun kau berada kuharap selalu ada senyum yang menghiasi wajahmu, kuharap selalu ada ceria yang sentiasa terpancar diwajahmu, semoga kau bahagia sahabat.
Kehilangan itu menyakitkan, Tapi..
tanpa kehilangan kita ridak akan tahu bagaimana cara untuk menjaga sesuatu yang kita miliki, dan mensyukurinya
Persahabatan itu indah, tapi tak akan idah bila tak ada warna didalamnya.
Sahabat..
Semua telah kita lalui, dan kita telah mengerti dan persahabatan membuat kita mengerti rasa dari kata SAHABAT.
Bukan mememukan sahabat yang sukar, tapi bagaimana cara mempertahankan persahabatanlah yang sukar.
Ya Allah jagalah sahabatku, lindungilah ia dengan perlindunganMu, kuatkanlah langkah kakinya agar selalu teguh berada dijalanMu, kuatkanlah jasadnya dengan segala anugerahMu, kuatkan rohnya dengan rohMu, buat ia tersenyum, semangat dan istiqamah dijalanMu, ya Allah izinkanlah kami kelak bertemu di surgaMu.
Amiin.
Nur Izzaty Mohd Fuaad.